PERKASA

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

PRESIDEN

leader

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali dipilih sebagai presiden baharu pertubuhan itu berkuatkuasa serta merta.

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali atau dikenali Tok Him yang mengumumkan pelantikan itu serentak dengan peletakan jawatan berkenaan yang dipegangnya selama 14 tahun pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-10 Perkasa.

Menurut Ibrahim, Syed Hasan yang antara pengasas Perkasa dipilih sebulat suara sebagai presiden kedua Perkasa bagi sesi 2022 hingga 2025.

“Pelantikan Syed Hasan sebagai pengganti saya adalah pilihan yang tepat memandangkan beliau bersama saya sejak awal penubuhan dan perjuangan Perkasa kira-kira 14 tahun lalu.

“Pemilihannya juga mendapat persetujuan sebulat suara oleh kira-kira 350 perwakilan dari seluruh negara yang hadir termasuk Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa.

Menurut Ibrahim, Syed Hassan akan dibantu oleh seorang timbalan presiden dan lima naib yang dilantik selepas selesai mesyuarat.

Timbalan Presiden ialah Syed Osman Syed Mansor dari Kedah, manakala Naib Presiden, Dr. Amini Amir Abdullah (Pulau Pinang), Ghauth Md. Yusof )Johor), Che Asri Che Ali (Kelantan), Borhan Zakaria (Selangor) dan Boni Abdullah (Sabah).

Seramai 15 ADT baharu yang dipilih ialah Azman Tahir dari Negeri Sembilan), Nasir Othman (Pulau Pinang), Arshad Aliman (Selangor), Hazamin Yusuf (Perak), Nasrul Ali Hassan Abd. Latif (Selangor), Syed Shahriman Badrishah (Kelantan).

Keep dry with 50% off rain jackets

Placeholder image used to represent a product being showcased in a hero section.